Assalamualaikum..
Hai !
Akhirnya, berpeluang jugak tengok blog. Fuhh !! Tarik nafas panjang akak paten. >.< Hehe. Setelah sekian lamanya aku tak update blog sebab busy. Apa-apa pon, Ya Allah alhamdulillah... Aku dah pon tamat 3 tahun belajar dalam Diploma Kejururawatan !! Gembiranya hati... Yeaayyy
Sebelum ni kalau senior sem 6 kena umum result final exam, awal je dari junior yang lain. Tapi entah kenapa kali ni semua kolej lambat umumkan result. Macam kolej aku, sekali dengan junior punya result kena umum. Kolej lain ada yang awal dari kitorang.. dan ada yang sama hari dengan kolej aku. Masa tu hari Jumaat lagi tu kena umum keputusan. Dahla masa tu JP & PPP (Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan) dalam Program Transformasi Minda. Tetiba pulak pengarah masuk dalam auditorium nak umumkan result. Fuhh. Lemah semangat aku.
Alhamdulillah, semua lulus 100% final exam. Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan. Masa tu aku lega sangat. Sebab lepas tu dah boleh fokus untuk exam LJM.
Sekarang tengah tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) lagi. Harap-harap semuanya okey. InsyaAllah, aminn.. Doakan kak paten semoga berjaya. ^_^ Oh ye, sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Tahun ni, aku dapat berpuasa dengan family berbanding tahun sebelum ni. Walau pon first Ramadhan aku tak dapat join sahur kat rumah sebab aku duduk asrama.
Tapi kan, entah kenapa bila aku duduk rumah rindu pulak kat asrama. Ishh.. Hahaha. Bila duduk asrama, nak balik rumah je. Sekarang terbalik pulak dah. Tapi memang normal lah gitu kan. Korang pon pernah alami jugak kan perasaan macam aku ni. Siapa cakap tak pernah memang bohong la korang. Nasib baik aku tak rindu dengan tangki air kolej.. Wakakaka.
Sekarang ni, mesti ada antara korang yang dah dapat pon kan tawaran untuk masuk ke SPA. Tahniahh bagi yang berjaya. Yang tak dapat tu, jangan pulak korang pergi menangis dekat tepi tingkap tiap-tiap malam.. Usaha lagi. Mana tau rezeki korang di lain hari. Kann kann..
Kepada sesiapa yang dapat tawaran ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu Sabah (KSKBKK) aku ucapkan all the best kepada adik-adik junior sekalian. Good luck ! First aku nak cakap, tabahkan hati dan cekalkan minda. Hehe. Alah.. tak ada apa lah yang nak ditakutkan. Cuma macam biasa lah, peraturan ketat dan masa yang padat. Tapi mula-mula memang macam tu. Nanti lama-lama okey la tu.. Belajar rajin-rajin tau.
Kalau tak silap aku, intake kali ni bagi Jururawat Pelatih (JP) ambilan 07/2016 seramai 62 orang lebih kurang macam tu laa. Tak ramai macam sebelum ni. First time pulak sikit. Sebelum ni paling sikit pon 80 orang.. hhmmm.
---> Mesti lepas ni rindu nak buka buku teks dan nota medical yang tebal dan banyak.
Ok bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan