Assalamualaikum..
Hai !
First of all, Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada aku. Hari ni, 29/06/2016 ( hari rabu) adalah hari yang begitu mendebarkan dan menggembirakan bagi aku. Huhuhu... Seriously aku memang tak tahu pun yang hari ni keputusan exam LJM akan keluar. Setiap hari aku mesti on mobile data sebab nak tengok telegram je. Nak tahu update pasal bila result exam LJM keluar. Berdebar weii setiap hari kalau aku buka je telegram penuh noti dalam grup JP JULAI 2013. Risau aku kalau ada cerita pasal result dalam tu. Huhu.
Walaupun hakikatnya banyak cerita kitorang tak boleh move on lagi. Hehehe.. Asal buka je.. dalam hati " bila laa nak keluar result nii..!! " Stress gila bila fikir pasal benda alah tu je. Tup tup sekali tadi masa jam 12 lebih kurang macam tu, aku ni baring-baring la kat katil sambil online. Padahal target nak tidur sekejap. Sekali buka telegram grup macam biasa, ada sorang kawan aku cakap result LJM hari ni keluar. Omaigodd.. aku dah mula bergegar dah. Tambah lagi bekas penyelaras aku masa sem 1 cakap memang hari ni keluar result, hailaa memang aku mula dah tak senang duduk.
Mula-mula tu memang aku tak percaya sangat. Sekali google memang hari ni tarikh result exam LJM akan di e-melkan ke kolej masing-masing aku dah mula gabra. Selalunya memang result LJM kena umum seminggu lepas dari tarikh exam. Tapi result belum boleh kena bagitau kat kitorang lagi sebelum disahkan oleh pengarah. Tunggu punya tunggu last-last aku terlelap. Hahaha.. Boleh je kan aku tidur lagi masa tu.
Cuti ni aku tolong mak ayah aku berniaga kat pasar malam. Cari duit sikit untuk konvo nanti. Jadi masa sampai dah kat pasar malam tu, aku check semula telegram aku. Masa tu riuh dah kawan-kawan aku dalam tu semua tanya pasal result. Last-last penyelaras sem 6 kitorang cakap tahniah bagi yang berjaya dan yang terkandas sila berjumpa dengan saya di kolej. Masa tu aku dah bergegar dah. Mula la hormon adrenaline aku main peranan. Pheww.. Baca lagi ayat kedua puan tambah laa aku takut.
" Seramai 166 orang yang berjaya daripada 171 orang calon. "
Macam senior-senior yang lepas, sesiapa yang terkandas dalam exam LJM akan dihubungi secara personal. Jadi yang tak kena call dikira lulus. Masa tu aku buat kerja semua macam tak serba kena. Balik-balik tengok henfon. Risau aku kalau tiba-tiba ada kena call dari puan. Sekali kawan aku chat cakap dia lulus. Aku hairan jugak masa tu macam mana dia boleh tahu result dia. Rupanya dia whatsapp puan secara personal. Aku pun apa laa.. ikut je la saranan dia chat puan secara personal.
Aku : Salam.. Puan, saya ni Fatin Nabilah. Saya nak tahu pasal result LJM saya puan.
******nebess.. sebab 5 minit berlalu, tapi puan belum balas chat aku******
Puan : Tahniah fatinn... (siap bagi emoticon senyum dan tepuk tangan)
Masa tu punya laa aku gembira. Alhamdulillah.. Happy gila. Tak tahu nak cakap apa masa tu. Yang penting aku rasa beban di bahu dah hilang. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab 5 orang kawan kami yang tak dapat ikut serta meraikan kejayaan ni. Don't worry guys.. Kami akan tunggu kamurangg.. Buat yang terbaik untuk exam LJM nanti bulan 9.
Kejayaan ini adalah hadiah buat kedua ibu bapa aku yang selama ni menjadi tulang belakang aku. Mereka lah yang nasihatkan aku untuk terima tawaran spa8 ni dulu dan mengharapkan yang terbaik dari aku. Walau pon masa tu aku bangkang tak mahu masuk. Jahat kan aku... Huhuhu. Tapi perancangan Allah, kita tak tahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Terima kasih Ya Allah atas semua ini..
And nowww.. I'm officially graduated from kskb,kk..!! Yeehaaa.. Hepii nya. Dah boleh raya dengan tenang dan habiskan cuti sebelum tunggu posting. Lepas ni, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang jururawat yang bakal menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang. InsyaAllah..
Ok bye !