Rabu, 29 Jun 2016

Result LJM (JP JULAI 2013)



Assalamualaikum..


Hai !


First of all, Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada aku. Hari ni, 29/06/2016 ( hari rabu) adalah hari yang begitu mendebarkan dan menggembirakan bagi aku. Huhuhu... Seriously aku memang tak tahu pun yang hari ni keputusan exam LJM akan keluar. Setiap hari aku mesti on mobile data sebab nak tengok telegram je. Nak tahu update pasal bila result exam LJM keluar. Berdebar weii setiap hari kalau aku buka je telegram penuh noti dalam grup JP JULAI 2013. Risau aku kalau ada cerita pasal result dalam tu. Huhu.


Walaupun hakikatnya banyak cerita kitorang tak boleh move on lagi. Hehehe.. Asal buka je.. dalam hati " bila laa nak keluar result nii..!! " Stress gila bila fikir pasal benda alah tu je. Tup tup sekali tadi masa jam 12 lebih kurang macam tu, aku ni baring-baring la kat katil sambil online. Padahal target nak tidur sekejap. Sekali buka telegram grup macam biasa, ada sorang kawan aku cakap result LJM hari ni keluar. Omaigodd.. aku dah mula bergegar dah. Tambah lagi bekas penyelaras aku masa sem 1 cakap memang hari ni keluar  result, hailaa memang aku mula dah tak senang duduk. 


Mula-mula tu memang aku tak percaya sangat. Sekali google memang hari ni tarikh result exam LJM akan di e-melkan ke kolej masing-masing aku dah mula gabra. Selalunya memang result LJM kena umum seminggu lepas dari tarikh exam. Tapi result belum boleh kena bagitau kat kitorang lagi sebelum disahkan oleh pengarah. Tunggu punya tunggu last-last aku terlelap. Hahaha.. Boleh je kan aku tidur lagi masa tu.


Cuti ni aku tolong mak ayah aku berniaga kat pasar malam. Cari duit sikit untuk konvo nanti. Jadi masa sampai dah kat pasar malam tu, aku check semula telegram aku. Masa tu riuh dah kawan-kawan aku dalam tu semua tanya pasal result. Last-last penyelaras sem 6 kitorang cakap tahniah bagi yang berjaya dan yang terkandas sila berjumpa dengan saya di kolej. Masa tu aku dah bergegar dah. Mula la hormon adrenaline aku main peranan. Pheww.. Baca lagi ayat kedua puan tambah laa aku takut.


" Seramai 166 orang yang berjaya daripada 171 orang calon. " 


Macam senior-senior yang lepas, sesiapa yang terkandas dalam exam LJM akan dihubungi secara personal. Jadi yang tak kena call dikira lulus. Masa tu aku buat kerja semua macam tak serba kena. Balik-balik tengok henfon. Risau aku kalau tiba-tiba ada kena call dari puan. Sekali kawan aku chat cakap dia lulus. Aku hairan jugak masa tu macam mana dia boleh tahu result dia. Rupanya dia whatsapp puan secara personal. Aku pun apa laa.. ikut je la saranan dia chat puan secara personal.


Aku : Salam.. Puan, saya ni Fatin Nabilah. Saya nak tahu pasal result LJM saya puan.


******nebess.. sebab 5 minit berlalu, tapi puan belum balas chat aku******


Puan : Tahniah fatinn... (siap bagi emoticon senyum dan tepuk tangan)


Masa tu punya laa aku gembira. Alhamdulillah.. Happy gila. Tak tahu nak cakap apa masa tu. Yang penting aku rasa beban di bahu dah hilang. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab 5 orang kawan kami yang tak dapat ikut serta meraikan kejayaan ni. Don't worry guys.. Kami akan tunggu kamurangg.. Buat yang terbaik untuk exam LJM nanti bulan 9. 


Kejayaan ini adalah hadiah buat kedua ibu bapa aku yang selama ni menjadi tulang belakang aku. Mereka lah yang nasihatkan aku untuk terima tawaran spa8 ni dulu dan mengharapkan yang terbaik dari aku. Walau pon masa tu aku bangkang tak mahu masuk. Jahat kan aku... Huhuhu. Tapi perancangan Allah, kita tak tahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Terima kasih Ya Allah atas semua ini..


And nowww.. I'm officially graduated from kskb,kk..!! Yeehaaa.. Hepii nya. Dah boleh raya dengan tenang dan habiskan cuti sebelum tunggu posting. Lepas ni, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang jururawat yang bakal menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang. InsyaAllah..




Ok bye !





Selasa, 21 Jun 2016

Done For 3 Years !!



Assalamualaikum..


Hai !


Akhirnya, berpeluang jugak tengok blog. Fuhh !! Tarik nafas panjang akak paten. >.< Hehe. Setelah sekian lamanya aku tak update blog sebab busy. Apa-apa pon, Ya Allah alhamdulillah... Aku dah pon tamat 3 tahun belajar dalam Diploma Kejururawatan !! Gembiranya hati... Yeaayyy


Sebelum ni kalau senior sem 6 kena umum result final exam, awal je dari junior yang lain. Tapi entah kenapa kali ni semua kolej lambat umumkan result. Macam kolej aku, sekali dengan junior punya result kena umum. Kolej lain ada yang awal dari kitorang.. dan ada yang sama hari dengan kolej aku. Masa tu hari Jumaat lagi tu kena umum keputusan. Dahla masa tu JP & PPP (Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan) dalam Program Transformasi Minda. Tetiba pulak pengarah masuk dalam auditorium nak umumkan result. Fuhh. Lemah semangat aku. 


Alhamdulillah, semua lulus 100% final exam. Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan. Masa tu aku lega sangat. Sebab lepas tu dah boleh fokus untuk exam LJM.


Sekarang tengah tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) lagi. Harap-harap semuanya okey. InsyaAllah, aminn.. Doakan kak paten semoga berjaya. ^_^ Oh ye, sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Tahun ni, aku dapat berpuasa dengan family berbanding tahun sebelum ni. Walau pon first Ramadhan aku tak dapat join sahur kat rumah sebab aku duduk asrama.





Tapi kan, entah kenapa bila aku duduk rumah rindu pulak kat asrama. Ishh..  Hahaha. Bila duduk asrama, nak balik rumah je. Sekarang terbalik pulak dah. Tapi memang normal lah gitu kan. Korang pon pernah alami jugak kan perasaan macam aku ni. Siapa cakap tak pernah memang bohong la korang. Nasib baik aku tak rindu dengan tangki air kolej.. Wakakaka.


Sekarang ni, mesti ada antara korang yang dah dapat pon kan tawaran untuk masuk ke SPA. Tahniahh bagi yang berjaya. Yang tak dapat tu, jangan pulak korang pergi menangis dekat tepi tingkap tiap-tiap malam.. Usaha lagi. Mana tau rezeki korang di lain hari. Kann kann.. 


Kepada sesiapa yang dapat tawaran ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu Sabah (KSKBKK) aku ucapkan all the best kepada adik-adik junior sekalian. Good luck ! First aku nak cakap, tabahkan hati dan cekalkan minda. Hehe. Alah.. tak ada apa lah yang nak ditakutkan. Cuma macam biasa lah, peraturan ketat dan masa yang padat. Tapi mula-mula memang macam tu.  Nanti lama-lama okey la tu.. Belajar rajin-rajin tau.


Kalau tak silap aku, intake kali ni bagi Jururawat Pelatih (JP) ambilan 07/2016 seramai 62 orang lebih kurang macam tu laa. Tak ramai macam sebelum ni. First time pulak sikit. Sebelum ni paling sikit pon 80 orang.. hhmmm.


---> Mesti lepas ni rindu nak buka buku teks dan nota medical yang tebal dan banyak. 








Ok bye! 


Jumaat, 1 April 2016

Kawan Vs Senior.




Assalamualaikum..


Hai.


Apa perasaan korang kalau nampak kawan sekolah lama time jalan-jalan dekat shopping mall ke, supermarket ke atau  pasar, tapiiii.. diorang buat-buat tak nampak dan kenal kau? Masa tu kau punya la eksited nampak dia. Dan dalam kepala otak masa tu nak senyum dan tegur dia.


Iya laa. Kawan sekolah lama tu. Even pon kelas tak sama tapi mesti kenal jugak kan. Tapi belum sempat lagi kau nak tegur, dia boleh tengok kau macam tak de perasaan sambil lalu macam angin. Ermmm. Hampeh betol. 

And i was likeee...


* WHATT???

Masa tu aku cuti mid sem. Aku kalau duduk rumah memang kerja aku makan je memanjang. Ada la satu hari tu aku teringin sangat makan aiskrim dengan nuget. Buka peti ais, tak de dah benda yang aku nak makan tu. Jadi aku pon plan la dengan adik aku sorang ni pergi supermarket.


Tengah duk pilih-pilih nuget tu nampak pulak kawan sekolah lama. Aku ingat dia nak tegur aku ke apa sebab nampak laju je datang dekat aku. Siap sedia jugak ah aku nak senyum dan hai. Tahu-tahu, dia lalu je aku.. 




Dah tu orang yang sama lagi tu sebelum ni aku jumpa kalau pergi mana-mana. Aku hairan jugak masa tu. Sampai aku terfikir buruk sangat ke muka aku time tu sampai dia tak cam aku. Atau cara aku pakai baju lain dari yang lain ke. Tapi aku rasa biasa-biasa je.


Lepas tu, ada pulak satu orang akak ni senyum dari jauh bila nampak aku. Siap panggil nama aku lagi. Aku pulak yang blur duk pikir siapa akak ni.. Fikir punya fikir rupanya senior aku dulu. Hahahahaaa. Adooiii. Boleh pulak kawan seumur tak kenal aku tapi ahkak senior ni ingat aku. 


Ermmmmm.. Pelik !


Ok byee ~

Rabu, 2 Mac 2016

Kemalangan Yang Tidak Dapat Dielakkan..


Assalamualaikum.


Hai..

Hari ni masa aku nak balik dari tempat aku praktikal, aku dengan penuh semangat berlari nak masuk van. Hahaha.. Sebab masa tu ada bas besar dengan van kolej yang ambik kitorang. Nak balik awal punya pasal aku sanggup lari tau supaya dapat masuk dalam van. Bila dah mula gerak, jem la pulak. Jem teruk lagi tu. Paling akak patenn malas.. walaupon bukan akak paten yang drive. Wakaka..


Lepastu, ada bunyi siren. Time tu terfikir dah mesti jem teruk sebab ada eksiden ni. Dan penuh keyakinan lagi aku ingat siren ambulans yang bunyi. Tup-tup polis pulak. Aku hairan jugak masa tu kenapa polis tapi bukan ambulans. Dah tu fikiran aku toink-toink sikit masa tu sebab penat, aku andaikan je polis tu nak tangkap penjenayah. Hehe.


Driver pon masa tu bukan main lagi excited nak ikut jalan short cut. Cilok-cilok supaya dapat balik asrama awal. Tapi sangkaan driver tu meleset sama sekali. Kami terperangkap dalam jem tu nak dekat satu jam. Pergghhh. Siap tertidur lagi aku. Bila masuk jalan besar balik, bas kolej kami pulak lebih depan. 


Masa tu ah aku nampak pak cik-pak cik bertopi kuning tengah memotong kayu besar dekat tepi jalan. Jalan depan sikitt.. kitorang terkejut duk tengok kereta toyota vios penyet kena hempap pokok besar tu. Satu keta tu ntah apa nama dia tu selamat juga ah. Tak la cedera sangat macam vios tu. Cermin depan je pecah. 


Masa tu aku terfikir jugak macam mana la keadaan orang yang bawa vios tu. Nampak kereta dia pun begitu, tentu dia lagi la teruk. Harap-harap yang bawa kereta vios tu dalam keadaan baik. Aminn.. 


Selalu kalau kita tengah bawa kereta laju, tiba- tiba pulak ada kucing atau anjing nak lalu. Konfem kita berusaha nak elak dari langgar kan. Tapi bila melibatkan insiden seperti tanah runtuh, pokok tumbang dan etc benda tu memang tak boleh dielak. Benda yang tiba-tiba terjadi. Tak sempat pun atau terfikir nak elak dari kejadian tu. 


Sebab itu la orang selalu cakap, malang tak berbau. Huhuhu..




Ok bye !



Isnin, 29 Februari 2016

FILEM DEAD POOL



Assalamualaikum...



Hai.


Hari ni aku nak citer sikit dengan korang pasal wayang yang aku tengok semalam. Sebelum tu, nahh.. aku belanja gambar super hero dalam citer tu untuk tatapan korang semua. Haha..




Honestly, aku seorang yang boleh dikatakan kaki wayang selain kaki jalan dan of course, seorang yang telan apa je yang aku nampak sedap. Hee.. Tapi, agak lama juga ah aku dah tak pergi menonton wayang. Nak dekat 2 bulan juga ah. 


Dann.. kalau ikut plan, aku memang turun KK (Kota Kinabalu) dengan tujuan nak beli makanan je pon. Tapi alih-alih kawan lama nak turun KK, aku dengan kawan aku 2 orang tu pon berpakat la pergi tengok wayang.


Lepastu, yang paling teruknya.. boleh-boleh pulak aku tak tahu apa tajuk movie yang kitorang nak tengok tu. Huhu. Sebab time tu kawan aku yang pergi beli tiket. Dah masuk, siap duduk dengan selesanya lagi, baruuu aku duk sibuk menanya citer apa yang kitorang  tengok. Teruk sungguh engko patenn. Huhuhu..




Filem ni bagi aku best sangat. Ada lawak jenaka sepanjang jalan citer ni. Jadi bagi aku tak la bosan sangat. Dann aku rasa memang tak bosan. Sebab dalam panggung tu pon riuh dengan gelak ketawa orang dalam tu. Aku pon join sekaki jugak ah.


( Wide wilson ) kalau tak silap aku, dia seorang bekas tentera tapi kena buang sebab ada masalah disiplin yang sangat teruk. Tapi lepas dia kena tendang keluar dari tentera, dia selalu diupah untuk bunuh atau ugut orang yang suka kacau orang.


Nak dijadikan cerita, dia ni nak melamar gilfren dia. Tapi tak sangka pulak dia menghidap kanser tahap kritikal. Jadi, dia ada terjumpa la dengan seorang pak cik ni yang boleh ubatkan dia. Ada peringkat la sampai dia tak tahan, lepastu muka dan badan dia jadi teruk. Sebab tu ah dia pakai topeng macam spiderman tu. Sebab orang sekeliling takut tengok muka dia tu.


Bila dia kena tembak ke, kena tikam pisau ke.. dia akan pulih. Kira badan dia kebal ah. Paling comel, bila tangan kanan dia kena potong, tumbuh tangan baru. Dah tu, tangan baby yang kecik lagi tu. Hahaha.. Ending diaa?? Korang sendiri pergi tengok. Siapa-siapa lagi yang belum pergi tengok tu, aku sarankan korang pergi tengok. Sebab citer ni awal bulan 2 lagi ditayangkan. Kira lama dah ah. Aku je yang baru tengok. Wakaka.. 


Untuk movie dead pool ni, aku bagi 4/5⭐. Yesss.. Berbaloi juga ah tengok. 




Ok bye !




Isnin, 22 Februari 2016

Cabaran.


Hai.


Sekarang ni semester enam dah start praktikal. Erm.. memang busy sangat, sebab junior belum ikut turut serta turun padang. Hehehe.. Tapi best juga la. Sebab tak payah susah-susah nak berebut naik bas. Huh. Kau ingat student kskb tak berebut? Jangan harap la kau nak mimpi benda camtu. Azabnya tu, kitorang je yang tahu.


Bila dah jadi super senior ni, hidup aku masih lagi terumbang ambing. Adooii. Entah kenapa dengan aku ni. Mungkin sebab sem 6 dalam kelas 2 minggu je. Singkat sangattt. Tak macam semester yang lain. Nak panas-panaskan enjin otak pun tak sempat.. Minggu ke 3 praktikal kat hospital dah. Fuhh.. 


Bila keluar klinikal dengan status sebagai super senior tahun akhir, kau akan rasa lain tau. Tanggungjawab dekat bahu tu makin berat aku rasa. Sekarang aku faham sangat dah apa perasaan kakak dan abang senior aku dulu. Huhu.. Sebab semua staf nurse percaya sangat dah dengan kau. Diorang expect semua benda kau tahu. 


Kalau kena wad yang aku klinikal tu okey, nasib baik ah. Kalau tak, memang terpaksa tahan hati je la. Ada pernah aku masuk wad yang staf dia memang garang. Beza sangat dengan kawan-kawan aku yang bertentangan shift punya staf.


Lepas tu ayat bukan main power lagi. Aku kalau benda yang aku tak tahu lepas tu kena suruh buat, konfem aku akan tanya staf nurse dulu. Iya lah, nak kepastian kan. Dari kau hentam kromo je buat, kang kalau ada apa-apa masalah susah pulak. 


Bila tanya elok-elok, dibagi nya jawapan yang kau rasa nak pulas-pulas telinga dia. Hehe. Nasib ada kawan-kawan yang boleh bantu. Tapi itu lah yang membuatkan kau makin kuat dan boleh feeling macam mana kejadian bila kau dah jadi staf nurse nanti.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk semester ni. Aminn.. (macam ayat orang nak kahwin pulak. Wakaka.) 




Ok bye ! 

Jumaat, 1 Januari 2016

About Me


Assalamualaikum..


Hai! 

Just call me Fatin. Nama yang diberi untuk budak dekat atas tu, Fatin Nabilah Binti Norhisan. Kalau nak panggil Nabilah pon boleh je. Tapi sepanjang aku berkawan dan orang sekeliling yang kenal aku, jarang sangat-sangat panggil aku dengan Nabilah. Berapa kerat je. Hehe.. Tapi paling comel nama abah aku la. Sampai penat aku nak bagitau dengan cikgu kalau diorang nak tulis nama penuh aku. Ada yang Nor Ehsan la, Nor Ezan la. Macam-macam ah..


Aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Tiga perempuan dua lelaki. Yeay! Menang bahagian perempuan. Haha. Walaupun aku anak sulung, tapi adik-adik aku semua ejek aku macam anak bongsu. Sebab kalau nak balik asrama je mesti aku suruh ibu aku masakkan benda yang aku nak makan. Padahal ibu dengan abah yang tanya apa yang aku nak makan. Menuduh je adik-adik aku. Mentang-mentang ah aku paling pendek antara diorang. 


Menetap dekat Sabah. Abah aku asal Perak, Ibu pulak Selangor. Abah aku dulu askar. Tahu je la kalau askar ni. Pindah randah je memanjang. Last-last Sabah lokasi abah aku nak stay. I loveee Negeri DI Bawah Bayu ni terutama bahagian makanan dia. Especially soto. Hehe. 


Sekarang umur aku nak masuk 23 tahun (2016). Sekejap je rasa dah nak tua. Macam aku rasa baru semalam aku main lari-lari dengan muka comot dekat rumah sebelah. Wakaka. Alhamdulillah, aku dikurniakan keluarga yang penuh dengan kasih sayang walaupun family kami hidup sederhana je. 




Tengah melanjutkan pelajaran dalam 'SPA' bahagian jururawat. InsyaAllah, pertengahan tahun ni tamat ah tempoh 3 tahun aku belajar. Doakan aku supaya dipermudahkan segalanya. Amin.. 


Ok Bye! :)