Muffin Nabilah
Sabtu, 16 Disember 2017
Muffin Nabilah: Best Ke Kerja "NURSE" ??
Muffin Nabilah: Best Ke Kerja "NURSE" ??: Assalamualaikum... Hai ! Okey, hari ni aku nak cerita sikit pasal kerja dalam bidang NURSE.. Sebab aku antara golongan oran...
Best Ke Kerja "NURSE" ??
Assalamualaikum...
Hai !
Okey, hari ni aku nak cerita sikit pasal kerja dalam bidang NURSE.. Sebab aku antara golongan orang yang kerja dalam bidang ni. Sebenarnya tak terfikir pun nak buat entri ni. Tapi banyak sangat soalan daripada kawan dan kenalan dekat FB asyik tanya soalan yang sama.. So aku cuba jawab selagi yang boleh. Hahahah... Nak jawab yang jujur ke tak? Ermm.. hokey, aku kalau boleh memang jawab jujur la ya.. Tak nak bagi jawapan yang sedap didengar dan elok ja. Perghh.. Ayat bukan main lagi.
First impression orang akan cakap.. "Eh, tahniah awak.. dah ada kerja. Jururawat lagi tuh. Bestnyaa..." Okey, ini aku selalu dengar orang cakap. Kawan-kawan aku lah paling ramai tergolong cakap macam tu. Bila orang cakap macam tu, kau punya tahap best tu sangat tinggi. Tapiii.. nikmatnya tu percayalah beb, sekejap ja. Hahaha...Sebenarnya cita-cita aku tak pernah terfikir pun nak jadi seorang jururawat. Panjang jalan cerita macam mana aku boleh jadi jururawat. Yang tu nanti aku ceritakan dekat entri yang lain.
Okey, aku akui memang kerja jururawat ni kerja yang mulia. Menyelamatkan nyawa dan menolong orang.. YES! Itu betul. Tapi disebalik kerja mulia yang orang cakap ni, banyak sangat STRESS yang kau kena tempuhi. Sebab kena layan kerenah pesakit yang pelbagai ragam. Dengan doktor lagi yang asyik push semua benda nak buat. Maigodd.. Rasa macam nak nangis ja. Huhuhuhu...
Bila kita dah tahu macam mana nak kawal cara kerja, manage semua hal dalam wad, lama-lama rasa kerja tu smooth ja. Kira macam kau boleh kawal lah. Yang tu bestnyaa.. Lepas tu bila time gaji, kau rasa bestt sangat sebab apa yang kau dah buat selama ni dapat rasa jugak pegang duit sendiri. Yeahhh!! hahahha..
Part bahagian pesakit pulak, okey yang ni memang banyak sangat ceritanyaa.. Tapi aku pendekkan. Bila dah kerja dalam bidang ni, kau nampak banyak pelbagai ragam manusia. Yang sedih, gembira.. yang buat kau menangis dan tergelak pun ada. Tapi bila satu tahap jumpa dengan pesakit yang entah apa-apa, macam nak makan dia pun ada jugak. Hahahah..
Antara pengalaman aku lah, kitorang ni duk sibuk nak CPR pesakit dengan doktor.. ada pulak yang memanggil "nes..nes.. saya berak ni." Ya Allah.. aku tak tahu la dia nampak ke atau buat-buat tak nampak sebab semua orang duk sibuk kot masa tu. Ada moment yang nak tergelak masa attend pesakit yang tak okey dengan doktor, sorang pesakit ni tengok ja kitorang.. lepas tu bancuh air milo sambil cicah biskut. Siap cakap lagi.. "staf nes, doktor.. saya makan nih." Sambil perhati apa yang kitorang tengah buat dengan pesakit sebelah katil dia. Hahahha. Alahai... pak cik.
Lepas tu, yang tak bestnya bila wad kau tak cukup orang. Hah, masa ni lah kena tolong atau istilah TERPAKSA kerja double shift. Huhuhu.. Dulu masa mula-mula masuk kerja la kan, benda ni lah aku paling takut. Seriuss ! Sebab tak pernah rasa lagi macam mana kena kerja dari pukul 7AM-9PM. Mula-mula kena tu macam badan rasa lemau.. tak larat. Tapi bila dah 2,3 kali macam no hal punyalah. Kahkahkahh.. Tapi jangan risau. Bila kerja double kau dapat dua pilihan. Nak claim cuti ataupun claim duit. Yang ni protokal hospital aku la.. Hospital lain aku tak tahu.
Bab cuti.. haa, bila dah jadi nurse nih jangan harap la kau nak cuti macam budak sekolah ataupun masa kau belajar nurse dulu. Paling susah dalam dunia ni nak dapat cuti panjang bagi aku la kan, kerjaya seorang nurse. Dalam seminggu, memang wajib ada (HK) sehari cuti untuk korang. Nak balik kg boleh apply 5/6 hari cuti. (bergantung dengan sister wad korang). Cuti paling lama boleh dapat pun 2 minggu, itu pun cuti kahwin la. Kalau cuti hari raya kena bergilir-gilir dengan staff yang lain. Jadi ada yang tak dapat merasa nikmat hari raya first dengan family. Sedih wei.. Memang banyak kena sabar dan bertahan. Huhuhu.
Yang penting, kerja kena ikhlas dan happy... ohh,dan jangan lupa senyum selalu.. Hehehe.
Yang penting, kerja kena ikhlas dan happy... ohh,dan jangan lupa senyum selalu.. Hehehe.
Panjang pulak entri aku kali ni. Okey last, yang penting.. best ke tak kerja nurse ni bergantung pada individu tersebut macam mana nak hadapi life dia sebagai kakitangan jururawat. Bagi aku?? Ermm.. ada yang best ada yang tak. Kahkahkah (NI JAWAPAN JUJUR AKU)
Ok Bye!
Lots of love,
Nabilah ❤
Lokasi:
Malaysia
Jumaat, 15 Disember 2017
Tahniah my lil sister .. 😍
Assalamualaikum..
Hai !
Semalam merupakan detik yang paling ditunggu buat adik-adik kita yang mengambil exam pt3. Sebab result diorang keluar kan .. Adik aku pun antara golongan nya. Tapi adik aku ni entah lah. Nervous ke tak aku pun tak tahu. Sebab tengok macam rileks ja. Kalau ikut, aku sebenarnya tak tahu pun semalam keluar result. Hihihi.. Entah jenis kakak apa la aku ni.😁
Aku yang penatnya baru sampai dari KL semalam tak hilang lagi tiba-tiba pagi ni dia masuk bilik cakap henfon aku dah full charge. Dia tolong caskan. Lepas tuh aku online, nampak dia mesej suruh bangun pagi gosok gigi.. Hahahah.. Dah kenapa mesej tiba-tiba macam tu. Rupanya nak minta temankan dia pergi ambik result dekat sekolah. Dia tak berani nak minta abah temankan. Ibu masa ni balik kg opah. So aku gagahkan diri jugak la pergi dengan Ngah temankan dia walaupun tahap nak sambung tidur tu tinggi.. kahkahkahhh
Antara adik beradik aku, dia ni la yang paling tak suka bergaul dengan adik beradik yang lain. Pendiam... Lepas tu suka tengok movie dan dengar lagu korea sorang-sorang. Aku minat jugak tengok drama korea tapi tak macam tahap dia minat tu.. Hihihihi.. So masa nak ambik result tu aku dah siap pesan dengan dia.. walau apa pun result yang dia dapat , don't give up. Sebab ini baru permulaan. Boleh baiki lagi. Cehh.. nasihat bukan main lagi aku. Padahal aku nervous jugak nak tengok result dia nanti. Tapi aku faham... sebab aku dulu masa form 3 tak ada lagi tahap kesedaran nak belajar tu... Huhuhuhu
Lepas tuh, dia join kawan dia duk dengar pengetua berucap sebelum result kena umum.. Memang steady habis lah adik aku masa tu 😁 Tak lama lepas tuh, cikgu dia umum student yang dapat 5A dulu.. sampailah student yang mencapai keputusan 10A.. Masa cikgu dia umum student yang last dapat 5A tuh, aku tengok adik aku rileks je. Nak kata aku kecewa tu memang ada jugak laa. Aku pulak yang lebih-lebih feeling masa tuh. Perghh. Kalah budak yang nak ambik result.
Sebab dia dah cakap siap-siap dengan aku malam tu yang dia target paling tinggi pun 5A. Kalau takde nama dia tuu memang bukan rezeki dia. Masa cikgu nak start umumkan student yang dapat 6A pulak, aku nampak adik aku ni duk sembang dengan kawan dia.. Tup tup nama last kena umum student yang perolehi 6A adalah Fasyarina Nadhira Binti Norhisan.! Ya Allah.. Nama adik aku wei.. Dia lagi lah tak sangka dia boleh capai keputusan 6A. Masa tu perasaan aku bercampur aduk. Adik aku (Ngah) yang ikut tu pun terkejut. Aku sempat nangis lagi tengok dia naik atas pentas. Hahahah... Lebih-lebih pulak..
Ingat.. di sebalik kejayan yang diperolehi ini adalah dari berkat ajaran cikgu-cikgu, doa ibu abah dan usaha kak cik sendiri... alhamdulilla.. Sempat lagi cikgu dia tanya.. " Lepas ni nak stay kat sini lagi ke nak pindah ni?" Hahahah... Adik aku sengihh ja
Sempat lagi bisik lepas selfie.. " kak, jangan lupa janji akak dengan kak cik hokey. Hadiah tuuu.. semalam kata 1A rm 100..." Hahaha... Haihh... habislaa ongkos ku.. Takpe kak cikk.. demi muuu.. Janji harus ditepati.
Antara adik beradik aku, dia ni la yang paling tak suka bergaul dengan adik beradik yang lain. Pendiam... Lepas tu suka tengok movie dan dengar lagu korea sorang-sorang. Aku minat jugak tengok drama korea tapi tak macam tahap dia minat tu.. Hihihihi.. So masa nak ambik result tu aku dah siap pesan dengan dia.. walau apa pun result yang dia dapat , don't give up. Sebab ini baru permulaan. Boleh baiki lagi. Cehh.. nasihat bukan main lagi aku. Padahal aku nervous jugak nak tengok result dia nanti. Tapi aku faham... sebab aku dulu masa form 3 tak ada lagi tahap kesedaran nak belajar tu... Huhuhuhu
Lepas tuh, dia join kawan dia duk dengar pengetua berucap sebelum result kena umum.. Memang steady habis lah adik aku masa tu 😁 Tak lama lepas tuh, cikgu dia umum student yang dapat 5A dulu.. sampailah student yang mencapai keputusan 10A.. Masa cikgu dia umum student yang last dapat 5A tuh, aku tengok adik aku rileks je. Nak kata aku kecewa tu memang ada jugak laa. Aku pulak yang lebih-lebih feeling masa tuh. Perghh. Kalah budak yang nak ambik result.
Sebab dia dah cakap siap-siap dengan aku malam tu yang dia target paling tinggi pun 5A. Kalau takde nama dia tuu memang bukan rezeki dia. Masa cikgu nak start umumkan student yang dapat 6A pulak, aku nampak adik aku ni duk sembang dengan kawan dia.. Tup tup nama last kena umum student yang perolehi 6A adalah Fasyarina Nadhira Binti Norhisan.! Ya Allah.. Nama adik aku wei.. Dia lagi lah tak sangka dia boleh capai keputusan 6A. Masa tu perasaan aku bercampur aduk. Adik aku (Ngah) yang ikut tu pun terkejut. Aku sempat nangis lagi tengok dia naik atas pentas. Hahahah... Lebih-lebih pulak..
Tahniah Kak cik..! I'm proud of youu.. 😚 Hebat ohh.. kalah result akak dulu.. Hewhewhew...
**Soryy.. tang eyebag aku tu memang tak boleh nak pisah. Huhuhu.. KES TAK CUKUP TIDURRR... FUHH.
Sempat lagi bisik lepas selfie.. " kak, jangan lupa janji akak dengan kak cik hokey. Hadiah tuuu.. semalam kata 1A rm 100..." Hahaha... Haihh... habislaa ongkos ku.. Takpe kak cikk.. demi muuu.. Janji harus ditepati.
Sementara tunggu dia duk bergambar dengan kengkawan dia yang lain , kitorang call ibu dan abah. Semua terkejut. Mana tak, adik aku ni memang payah nak belajar. Penat gak aku nasihat dia dulu suruh belajar tapi buat dek ja. Cuma aku bagitahu dekat dia. Nak belajar cara efektif macam aku suka belajar dulu , belajar time subuh arab.. sebab senang masuk dalam kepala hotak. (Angkat bakul jap) hahahaha..
Tapi sayang, aku belajar stail macam ni masa SPM dulu. Kalau aku ada tahap kesedaran tu awal.. mesti boleh dapat result yang okey. Macam aku cakap laa.. masa PMR dulu tahap kesedaran aku untuk belajar hampehh.. Tapi stail orang belajar tak sama.. Ada orang stail dia belajar yang superb sampai boleh dapat result gempak ..!
Bila adik lelaki aku yang study kat UPM pun tahu pasal result adik aku tu, selamba badak je dia cakap.. " well, dia ikut langkah abalang.. " Hahahaha.. ayat tak boleh blah langsung. Tapi abalang ni pun sama jugak perangai dengan kak cik. Tapi yang ni kaki game.. Malam sebelum esoknya nak ambik exam, sempat lagi main DOTA.. YA Allah.. Abah aku siap bagi ceramah pasal keburukan main game lagi... Hahahahah... Tapi dia dapat buktikan yang game bukan penghalang untuk cemerlang.
Ok LAST! Kepada adik-adik yang terima result pt3 semalam, akak paten ucapkan tahniah sebab dah berjaya tempuhi exam dengan jayanya. Yang dapat result cemerlang, tahniah.. teruskan usaha. Yang sebaliknya, jangan sedih.. Ini baru permulaan untuk anda belajar lebih lagi. Sebab SPM yang akan menentukan corak kehidupan sebenar. >>Akak paten dulu macam tu.. Huhuhuhu...
Ok bye ~ Lots of love,
Nabilah... v^_^
Isnin, 12 Jun 2017
Ramadhan Datang Lagi ..!!
Assalamualaikum..
Hai!
Tak nak terlepas jugak untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam untuk tahun 2017(1438H). Alhamdulilla, masih lagi diberi peluang untuk merasa bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Doa aku, semoga aku dapat memperbaiki diri kepada yang lebih baik dari sebelum ni. Aminn...
Tak sangka sekejap je masa berlalu. Tahu-tahu dah puasa. Macam baru je aku rasa tamat belajar nursing dan start lapor diri sebagai kakitangan kerajaan.. Hmmm.. Yes!! Aku dah kerja. Serius beb aku tak sangka. Dan ni adalah pengalaman aku kerja masa bulan puasa. Masa student dulu, asal puasa dah balik rumah dah pun. Tunggu nak masuk semester baru. Pernah lah aku rasa masa exam LJM puasa kat kolej. Praktikal masa puasa tak pernah alami lagi.
Sooo, bila aku alami macam tu masa first kerja ni Ya Allah.. betul-betul menduga iman aku. Dengan perut aku yang always lapar, hahaha.. dengan melayan pelbagai kerenah pesakit lagi, huhuhu.. Tapi, dapat rasa laa macam mana aku dulu, sedap-sedap duduk kat meja belajar kolej, duduk kat rumah masa bulan puasa.. Senior-senior aku yang dah bekerja, duk bersilat dengan kerja-kerja kat wad. Pergghhh.. Tabik spring aku.
Tapi, that's a nice thing bila duk pikir-pikir balik. Bila throwback masa cuti kat kampung rinduu pulak nak kerja. Hahaha.. Kalau staf wad aku nampak ni, konfem dorang cakap aku tak sihat. Orang balik kg takde nya dok pikir kat wad.
Tapi tu lah, faktaa yang berlaku kat aku. Hee..
Ya betul.. ^_^
Aku tengah bercuti kat kg sekarang ni. Orang lain first puasa kat rumah dengan family. Aku pulak, pertengahan puasa dengan family. Baru semalam sampai rumah. Alhamdulilla.. >> Rinduu dengan blog. Dah lama tak blogging. Walaupun baru setahun jagung.
Last for today, Selamat berpuasa uols!! Jangan ponteng puasa tau. Nanti payah nak ganti. Pastu, jangan lupa solat terawih pulak. Setahun sekali je dapat rasa solat terawih. Setahun sekali puasa tak bermakna beli banyak makanan kat bazar hokey! Membazir kalau tak makan..
semoga kita dapat menambah pahala kita banyak-banyak pada bulan ni.. perbaiki diri mana yang lemah, dan dapat menguatkan lagi iman kita. Tambah lagi aku yang cepat je melenting bila awal-awal bulan Ramadhan ni. Ermm.. entah kenapa.
Next time jumpa lagi.. >_< Lots of love, nabila.
Ok bye!
Rabu, 29 Jun 2016
Result LJM (JP JULAI 2013)
Assalamualaikum..
Hai !
First of all, Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada aku. Hari ni, 29/06/2016 ( hari rabu) adalah hari yang begitu mendebarkan dan menggembirakan bagi aku. Huhuhu... Seriously aku memang tak tahu pun yang hari ni keputusan exam LJM akan keluar. Setiap hari aku mesti on mobile data sebab nak tengok telegram je. Nak tahu update pasal bila result exam LJM keluar. Berdebar weii setiap hari kalau aku buka je telegram penuh noti dalam grup JP JULAI 2013. Risau aku kalau ada cerita pasal result dalam tu. Huhu.
Walaupun hakikatnya banyak cerita kitorang tak boleh move on lagi. Hehehe.. Asal buka je.. dalam hati " bila laa nak keluar result nii..!! " Stress gila bila fikir pasal benda alah tu je. Tup tup sekali tadi masa jam 12 lebih kurang macam tu, aku ni baring-baring la kat katil sambil online. Padahal target nak tidur sekejap. Sekali buka telegram grup macam biasa, ada sorang kawan aku cakap result LJM hari ni keluar. Omaigodd.. aku dah mula bergegar dah. Tambah lagi bekas penyelaras aku masa sem 1 cakap memang hari ni keluar result, hailaa memang aku mula dah tak senang duduk.
Mula-mula tu memang aku tak percaya sangat. Sekali google memang hari ni tarikh result exam LJM akan di e-melkan ke kolej masing-masing aku dah mula gabra. Selalunya memang result LJM kena umum seminggu lepas dari tarikh exam. Tapi result belum boleh kena bagitau kat kitorang lagi sebelum disahkan oleh pengarah. Tunggu punya tunggu last-last aku terlelap. Hahaha.. Boleh je kan aku tidur lagi masa tu.
Cuti ni aku tolong mak ayah aku berniaga kat pasar malam. Cari duit sikit untuk konvo nanti. Jadi masa sampai dah kat pasar malam tu, aku check semula telegram aku. Masa tu riuh dah kawan-kawan aku dalam tu semua tanya pasal result. Last-last penyelaras sem 6 kitorang cakap tahniah bagi yang berjaya dan yang terkandas sila berjumpa dengan saya di kolej. Masa tu aku dah bergegar dah. Mula la hormon adrenaline aku main peranan. Pheww.. Baca lagi ayat kedua puan tambah laa aku takut.
" Seramai 166 orang yang berjaya daripada 171 orang calon. "
Macam senior-senior yang lepas, sesiapa yang terkandas dalam exam LJM akan dihubungi secara personal. Jadi yang tak kena call dikira lulus. Masa tu aku buat kerja semua macam tak serba kena. Balik-balik tengok henfon. Risau aku kalau tiba-tiba ada kena call dari puan. Sekali kawan aku chat cakap dia lulus. Aku hairan jugak masa tu macam mana dia boleh tahu result dia. Rupanya dia whatsapp puan secara personal. Aku pun apa laa.. ikut je la saranan dia chat puan secara personal.
Aku : Salam.. Puan, saya ni Fatin Nabilah. Saya nak tahu pasal result LJM saya puan.
******nebess.. sebab 5 minit berlalu, tapi puan belum balas chat aku******
Puan : Tahniah fatinn... (siap bagi emoticon senyum dan tepuk tangan)
Masa tu punya laa aku gembira. Alhamdulillah.. Happy gila. Tak tahu nak cakap apa masa tu. Yang penting aku rasa beban di bahu dah hilang. Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab 5 orang kawan kami yang tak dapat ikut serta meraikan kejayaan ni. Don't worry guys.. Kami akan tunggu kamurangg.. Buat yang terbaik untuk exam LJM nanti bulan 9.
Kejayaan ini adalah hadiah buat kedua ibu bapa aku yang selama ni menjadi tulang belakang aku. Mereka lah yang nasihatkan aku untuk terima tawaran spa8 ni dulu dan mengharapkan yang terbaik dari aku. Walau pon masa tu aku bangkang tak mahu masuk. Jahat kan aku... Huhuhu. Tapi perancangan Allah, kita tak tahu. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Terima kasih Ya Allah atas semua ini..
And nowww.. I'm officially graduated from kskb,kk..!! Yeehaaa.. Hepii nya. Dah boleh raya dengan tenang dan habiskan cuti sebelum tunggu posting. Lepas ni, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang jururawat yang bakal menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang. InsyaAllah..
Ok bye !
Selasa, 21 Jun 2016
Done For 3 Years !!
Assalamualaikum..
Hai !
Akhirnya, berpeluang jugak tengok blog. Fuhh !! Tarik nafas panjang akak paten. >.< Hehe. Setelah sekian lamanya aku tak update blog sebab busy. Apa-apa pon, Ya Allah alhamdulillah... Aku dah pon tamat 3 tahun belajar dalam Diploma Kejururawatan !! Gembiranya hati... Yeaayyy
Sebelum ni kalau senior sem 6 kena umum result final exam, awal je dari junior yang lain. Tapi entah kenapa kali ni semua kolej lambat umumkan result. Macam kolej aku, sekali dengan junior punya result kena umum. Kolej lain ada yang awal dari kitorang.. dan ada yang sama hari dengan kolej aku. Masa tu hari Jumaat lagi tu kena umum keputusan. Dahla masa tu JP & PPP (Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan) dalam Program Transformasi Minda. Tetiba pulak pengarah masuk dalam auditorium nak umumkan result. Fuhh. Lemah semangat aku.
Alhamdulillah, semua lulus 100% final exam. Jururawat Pelatih & Pembantu Pegawai Perubatan. Masa tu aku lega sangat. Sebab lepas tu dah boleh fokus untuk exam LJM.
Sekarang tengah tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) lagi. Harap-harap semuanya okey. InsyaAllah, aminn.. Doakan kak paten semoga berjaya. ^_^ Oh ye, sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Tahun ni, aku dapat berpuasa dengan family berbanding tahun sebelum ni. Walau pon first Ramadhan aku tak dapat join sahur kat rumah sebab aku duduk asrama.
Tapi kan, entah kenapa bila aku duduk rumah rindu pulak kat asrama. Ishh.. Hahaha. Bila duduk asrama, nak balik rumah je. Sekarang terbalik pulak dah. Tapi memang normal lah gitu kan. Korang pon pernah alami jugak kan perasaan macam aku ni. Siapa cakap tak pernah memang bohong la korang. Nasib baik aku tak rindu dengan tangki air kolej.. Wakakaka.
Sekarang ni, mesti ada antara korang yang dah dapat pon kan tawaran untuk masuk ke SPA. Tahniahh bagi yang berjaya. Yang tak dapat tu, jangan pulak korang pergi menangis dekat tepi tingkap tiap-tiap malam.. Usaha lagi. Mana tau rezeki korang di lain hari. Kann kann..
Kepada sesiapa yang dapat tawaran ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu Sabah (KSKBKK) aku ucapkan all the best kepada adik-adik junior sekalian. Good luck ! First aku nak cakap, tabahkan hati dan cekalkan minda. Hehe. Alah.. tak ada apa lah yang nak ditakutkan. Cuma macam biasa lah, peraturan ketat dan masa yang padat. Tapi mula-mula memang macam tu. Nanti lama-lama okey la tu.. Belajar rajin-rajin tau.
Kalau tak silap aku, intake kali ni bagi Jururawat Pelatih (JP) ambilan 07/2016 seramai 62 orang lebih kurang macam tu laa. Tak ramai macam sebelum ni. First time pulak sikit. Sebelum ni paling sikit pon 80 orang.. hhmmm.
---> Mesti lepas ni rindu nak buka buku teks dan nota medical yang tebal dan banyak.
Ok bye!
Jumaat, 1 April 2016
Kawan Vs Senior.
Assalamualaikum..
Hai.
Apa perasaan korang kalau nampak kawan sekolah lama time jalan-jalan dekat shopping mall ke, supermarket ke atau pasar, tapiiii.. diorang buat-buat tak nampak dan kenal kau? Masa tu kau punya la eksited nampak dia. Dan dalam kepala otak masa tu nak senyum dan tegur dia.
Iya laa. Kawan sekolah lama tu. Even pon kelas tak sama tapi mesti kenal jugak kan. Tapi belum sempat lagi kau nak tegur, dia boleh tengok kau macam tak de perasaan sambil lalu macam angin. Ermmm. Hampeh betol.
And i was likeee...
* WHATT???
Masa tu aku cuti mid sem. Aku kalau duduk rumah memang kerja aku makan je memanjang. Ada la satu hari tu aku teringin sangat makan aiskrim dengan nuget. Buka peti ais, tak de dah benda yang aku nak makan tu. Jadi aku pon plan la dengan adik aku sorang ni pergi supermarket.
Tengah duk pilih-pilih nuget tu nampak pulak kawan sekolah lama. Aku ingat dia nak tegur aku ke apa sebab nampak laju je datang dekat aku. Siap sedia jugak ah aku nak senyum dan hai. Tahu-tahu, dia lalu je aku..
Dah tu orang yang sama lagi tu sebelum ni aku jumpa kalau pergi mana-mana. Aku hairan jugak masa tu. Sampai aku terfikir buruk sangat ke muka aku time tu sampai dia tak cam aku. Atau cara aku pakai baju lain dari yang lain ke. Tapi aku rasa biasa-biasa je.
Lepas tu, ada pulak satu orang akak ni senyum dari jauh bila nampak aku. Siap panggil nama aku lagi. Aku pulak yang blur duk pikir siapa akak ni.. Fikir punya fikir rupanya senior aku dulu. Hahahahaaa. Adooiii. Boleh pulak kawan seumur tak kenal aku tapi ahkak senior ni ingat aku.
Ermmmmm.. Pelik !
Ok byee ~
Langgan:
Catatan (Atom)