Isnin, 12 Jun 2017

Ramadhan Datang Lagi ..!!


Assalamualaikum..





Hai!

Tak nak terlepas jugak untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam untuk tahun 2017(1438H). Alhamdulilla, masih lagi diberi peluang untuk merasa bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Doa aku, semoga aku dapat memperbaiki diri kepada yang lebih baik dari sebelum ni. Aminn...


Tak sangka sekejap je masa berlalu. Tahu-tahu dah puasa. Macam baru je aku rasa tamat belajar nursing dan start lapor diri sebagai kakitangan kerajaan.. Hmmm.. Yes!! Aku dah kerja. Serius beb aku tak sangka. Dan ni adalah pengalaman aku kerja masa bulan puasa. Masa student dulu, asal puasa dah balik rumah dah pun. Tunggu nak masuk semester baru. Pernah lah aku rasa masa exam LJM puasa kat kolej. Praktikal masa puasa tak pernah alami lagi.


Sooo, bila aku alami macam tu masa first kerja ni Ya Allah.. betul-betul menduga iman aku. Dengan perut aku yang always lapar, hahaha.. dengan melayan pelbagai kerenah pesakit lagi, huhuhu.. Tapi, dapat rasa laa macam mana aku dulu, sedap-sedap duduk kat meja belajar kolej, duduk kat rumah masa bulan puasa.. Senior-senior aku yang dah bekerja, duk bersilat dengan kerja-kerja kat wad. Pergghhh.. Tabik spring aku.


Tapi, that's a nice thing bila duk pikir-pikir balik. Bila throwback masa cuti kat kampung rinduu pulak nak kerja. Hahaha.. Kalau staf wad aku nampak ni, konfem dorang cakap aku tak sihat. Orang balik kg takde nya dok pikir kat wad.
Tapi tu lah, faktaa yang berlaku kat aku. Hee..


Ya betul.. ^_^ 
Aku tengah bercuti kat kg sekarang ni. Orang lain first puasa kat rumah dengan family. Aku pulak, pertengahan puasa dengan family. Baru semalam sampai rumah. Alhamdulilla.. >> Rinduu dengan blog. Dah lama tak blogging. Walaupun baru setahun jagung.




Last for today, Selamat berpuasa uols!! Jangan ponteng puasa tau. Nanti payah nak ganti. Pastu, jangan lupa solat terawih pulak. Setahun sekali je dapat rasa solat terawih. Setahun sekali puasa tak bermakna beli banyak makanan kat bazar hokey! Membazir kalau tak makan..
semoga kita dapat menambah pahala kita banyak-banyak pada bulan ni.. perbaiki diri mana yang lemah, dan dapat menguatkan lagi iman kita. Tambah lagi aku yang cepat je melenting bila awal-awal bulan Ramadhan ni. Ermm.. entah kenapa. 



Next time jumpa lagi.. >_< Lots of love, nabila.



Ok bye!